Thursday, 15 December 2011

Sebuah Memori Indah....

Aku mula mengenali Mohd Faizal Bin Ibrahim sejak dari bangku sekolah lagi.Pertemuan kami secara tidak sengaja ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang rakan...Kami berpandangan dan tersenyum sesama sendiri apabila kami bertentang mata..Ntah mengapa pada saat itu hati dan jantung mula berdegup kencang apabila kami berpandangan...apakah ini dikatakan CINTA....owh masih terlalu awal bagiku....CINTA MONYET di zaman kanak-kanak la katakan....Allah maha mengetahui segala perjalanan yang aku akan tempuh selepas ini....Bermula la kisah UDA dan DARA....
Hampir 9tahun kami berkenalan dan berkawan banyak sangat dugaan yang kami lalui dalam masa ini.Pada permulaannya hubungan kami mendapat tentangan hebat dari keluarga....Keluarga aku lebih mementingkan harta benda di dunia..Memang tidak dinafikan kalau di tengok dari paras rupa memang dia tidak mempunyai paras rupa yang tampan dan menawan seperti lelaki lain,dia terlalu ambil berat tentang aku dari segi pelajaran dan perbelanjaan harian aku selama aku belajar.Memang aku terhutang budi dengan dia,keluarga aku pun tidak pernah ambil tau..Walaupun kami mendapat tentangan hebat dari keluarga kami masih tetap berjumpa tapi secara sembunyi..Lama kelamaan hubungan kami dipersetujui jua...Tahun ke10 kami mengikat tali pertunangan..Segala persiapan pertunangan aku buat dengan sendiri dari segi hantaran dan makanan..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Kami tertunang pada 25/12/2006...Selepas berbincang antara ahli keluarga,pihak keluarga menetapkan 1tahun dari tarikh tersebut..Segala persiapan perkahwinan telah ditempah,maklum la 5bulan lagi aku akan menjadi isteri orang la katakan...Allah jela yang tahu betapa aku gembira di saat itu....Pada 1/5/2007 aku digemparkan dengan satu berita bahawa tunang ku mengalami kemalangan di kampung..Keluarganya memberitahu bahawa dia akan ke hospital jadi aku terus menuju ke hospital untuk melawat dia...sampai aku di hospital aku mendapati tunangku mengalami kecerderaan yang agak parah..lemah longlai tubuhku,jatuh berderai air mata ku tanpa disekat-sekat...luluh hatiku bila mendapati tunang ku tidak dapat bergerak lagi untuk selamanya....Ya allah,apakah ni dugaan mu berikan padaku....Aku masih berada di sisi nya untuk memberi sokongan dari belakang..Hampir sebulan tunangku berada di hospital dan segala rawatan dan perubatan telah dilakukan akhir nya doktor telah mengesahkan bahawa tunang ku OKU...dia lumpuh 1 badan....Ya allah terduduk aku mendengar nya....Inikah yang aku terima...

Ombak Rindu